Friday 3 August 2007

Mahu Duit - Kenali Duit.

Kita semua mahu duit, bukan setakat mahu malah mahu lebih duit, lebih banyak duit. Untuk apa? Kerana hidup kita terutamanya di zaman yang serba moden ini segala-galanya perlukan duit.

Jika kita ingin hidup bahagia bersama pasangan kita, kita perlu kenali sidia dgn lebih mendalam, betul tak? Sebab itu datangnya pepatah tak kenal maka tak cinta. Begitu juga lah dgn duit, kalau mahu hidup bersama duit, kenali duit, tapi adakah kita semua kenal apa itu duit sebenarnya?

Sebenarnya kertas yang kita simpan didlm poket, didlm walet, didlm purse itu sebenarnya bukan lah duit, duit hanyalah suatu idea, hanyalah sebagai perantara untuk ganjaran yang kita dapat terhadap perkhidmatan yang kita berikan, lebih besar servis yang kita berikan, lebih besar la ganjarannya, maknanya lebih besar servis atau perkhidmatan, lebih besar jumlah duit yang kita perolehi.

Sebelum kita kenal duit dgn lebih lanjut, perlu di ingat bahawa, duit sentiasa mahu menjadi hamba yang sedia berkhidmat, jika kita menjadi tuannya, tetapi jika kita menjadi hamba kepada duit, celaka lah hidup mereka yang berhambakan duit.

No comments: